Pemasaran Enjin Carian
“Benarkah kita hanya bina laman web dan pengunjung akan datang?- salah”
Pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing) adalah proses yang teliti untuk memastikan laman web anda berada di tahap teratas oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan MSN. Apabila pengguna menaip kata-kunci yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan pada ruangan ”Search”, keputusan enjin carian akan meletakkan laman web anda pada tahap teratas berbanding pesaing-pesaing yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang seumpamanya.
Enjin carian merupakan medium perkhidmatan yang unik, dimana ia membolehkan pengguna menarik minat pengunjung laman web dengan tepat. Berdasarkan kajian baru-baru ini, didapati 85% pengguna yang menggunakan Enjin carian mempunyai keinginan untuk membeli. Pada Ogos 2006, kajian yang dibuat oleh Nielsen NetRatings mengesahkan bahawa 706 million pencari terdiri daripada rakyat Britain sahaja. Ia bersamaan dengan hampir 16,000 pencari bagi setiap satu minit (264 setiap saat).
Oleh yang demikian, Pemasaran enjin carian adalah penting jika anda ingin melihat lebih ramai pengunjung melayari laman web anda. Kami menawarkan beberapa perkhidmatan dalam strategi pemasaran enjin carian termasuk;
Mengenal pasti siapa persaing anda. Mengkaji pesaing teratas dan mengenal pasti apakah yang telah mereka lakukan untuk mencapai posisi teratas dan kita akan melakukan yang lebih baik.
Untuk memahami jenis perniagaan anda lebih lanjut, kami akan menjalankan kajian dan analisis berkenaan katakunci yang sesuai dengan anda. Ini merupakan kunci terpenting dalam semua aktiviti dalam pemasaran enjin carian.
Rekabentuk Lamanweb
Apa yang terpapar dimata kita mungkin tidak pada enjin carian. Rekabentuk dan pengaturcara laman web kami akan membina semula web anda yang sedia ada berdasarkan susunan terkini dan struktur yang lebih ‘mesra’ kepada enjin carian.
Pemetaan Kata kunci
Lamanweb yang baik perlu mempunyai kandungan yang baik bersama dengan katakunci yang telah dipetakan. Kandungan laman web yang dipersembahkan kepada pengunjung haruslah mengambilkira katakunci yang terpilih dalam meletakkan di lokasi seperti tajuk, ‘header’, dan ‘metatags’. Walaupun kami tidak menyediakan penulisan kandungan mengenai syarikat atau barangan anda tetapi kami boleh memberi nasihat dan menggunakan pemetaan kata kunci SEM yang asas dalam laman web anda.
Penyerahan laman web ke Enjin Carian
Setelah selesai menyiapkan keseluruhan reka bentuk dan mengoptimakan laman web anda, ia akan diserahkan kepada beratus jenis enjin carian dan panduan internet. Keutamaan diberikan kepada enjin carian yang utama.
Pembangunan ”Linkages”
“Linkages” yang bernilai memperbaiki kedudukan laman web. Melalui penyelidikan laman web lain yang bersesuaian dengan anda, anda mungkin mempunyai peluang yang besar untuk menduduki tempat teratas. Kami menyelidik, memohon daripada laman web masing-masing dan membuat tindakan susulan sehingga anda tersenarai.
Pengiklanan Berbayar
Walaupun pemasaran enjin carian yang biasa (percuma) cukup, bagi syarikat perniagaan yang giat bergerak dalam internet, andan boleh mempromosi laman web anda dengan lebih aggresif. Pemasaran secara “bayar setiap klik”, atau penajaan boleh meningkat tahap prestasi. Kami menawarkan perkhidmatan yang mempunyai matlamat tinggi dan akan menguruskan semua aspek dalam lingkungan bajet anda.
Memantau Kedudukan Enjin Carian
Adalah baik untuk mengetahui bagaimana kedudukan laman web anda di sesetengah enjin carian pada katakunci tertentu. Kami akan menyediakan laporan setiap 6 bulan secara berterusan.
Jika anda benar-benar ingin mendapatkan trafik yang lebih ke laman web anda, anda seharusnya menimbangkan Pemasaran Enjin Carian sekarang dan kami boleh memberikan analisis awal secara PERCUMA. Hantarkan email kepada