Pembayaran Online
Gerbang pembayaran online menyediakan keperluan infrastruktur yang membolehkan laman web menerima kad kredit dan pembayaran cek elektronik. Di samping itu pedagang boleh menerima pesanan mel, pesanan telefon (MOTO) melalui panggilan pusat dan jualan runcit. .Dengan kata lain gerbang pembayaran online sebenarnya menggantikan mesin kad kredit. Ia mempamerkan data-data pembayaran pelanggan dan berkomunikasi dengan institusi kewangan untuk memproses dan memasukkan wang dalam akaun pedagang.
Walaupun anda telah menjual produk atau perkhidmatan dengan menerima bayaran melalui kad kredit di kedai anda, anda perlu mendapatkan Akaun Perdagangan Internet. Tetapi ada juga pakej yang tidak memerlukannya kerana pembekal pembayaran online menyediakan akaun secara perkongsian. Ini membolehkan anda untuk menerima pembayaran melalui Internet atau telefon.
Penerimaan dan pembayaran secara online di Malaysia.
(a) Pembekal Pembayaran Online Malaysia


(b) Pembekal Bayaran Online Antarabangsa
Setiap pilihan ada kekuatan dan kelemahan masing-masing dan perkhidmatan kami akan menolong anda mengkaji pilihan terbaik yang dapat membantu mengembangkan perniagaan online anda . Untuk memenuhi kehendak dan citarasa anda, kami juga boleh integrasi laman web anda dengan pembekal pembayaran online berikut :
Terma-terma dan struktur gerbang pembayaran yuran bagi kebiasaan.
Setiap pembekal pembayaran online menawarkan pakej-pakej dan kriteria yang berlainan. Jika anda merupakan ahli perniagaan di Malaysia, anda sepatutnya tahu samada anda boleh mengeluarkan wang anda di bank tempatan. Anda juga perlu tahu jika akaun bank perdagangan US di perlukan. Kami ingin menegaskan, kami bukanlah pembekal bayaran online, tetapi kami merupakan pembina laman yang mempunyai kepakaran untuk mengintegrasi laman web melalui pembekal-pembekal pilihan.
Selain itu, kami juga dapat menasihati anda dalam penerimaan pembayaran online secara am, membina laman web keselamatan anda (sijil SSL) untuk menerima bayaran online dan memberi anda analisis dalam memilih pembekal berdasarkan kehendak anda dan yuran yang optimal (ini berdasarkan jumlah transaksi yang diramalkan dalam bayaran online)

Untuk menjalankan perniagaan online, ia adalah tidak lengkap tanpa menerima bayaran online. Walau bagaimanapun kebolehan ini melibatkan kerja-kerja yang kompleks dan agak mahal. Jika anda baru memulakan perniagaan dan mempunyai bajet yang kecil, ia merupakan langkah yg bijak jika anda memilih pembekal yang tidak mengenakan bayaran bulanan tetapi anda di kehendaki membayar untuk yuran transaksi yang agak tinggi.