Internet menawarkan peluang yang hebat untuk pemilik perniagaaan dalam menjalankan perniagaan online. Dengan pelan rancangan penubuhan laman web e-dagang, Internet menawarkan segala maklumat untuk meningkat bilangan pelanggan dan meluaskan jualan kepada semua pelanggan baru di seluruh dunia. Pembayaran online memberi keupayaan untuk menawarkan tetamu laman web anda untuk membeli produk dan perkhidmatan tanpa perlu datang ke kedai anda atau pergi ke bank untuk urusan pembayaran.
 

Gerbang Pembayaran Online

Gerbang pembayaran online menyediakan keperluan infrastruktur yang membolehkan laman web menerima kad kredit dan pembayaran cek elektronik. Di samping itu pedagang boleh menerima pesanan mel, pesanan telefon (MOTO) melalui panggilan pusat dan jualan runcit. .Dengan kata lain gerbang pembayaran online sebenarnya menggantikan mesin kad kredit. Ia mempamerkan data-data pembayaran pelanggan dan berkomunikasi dengan institusi kewangan untuk memproses  dan memasukkan wang dalam akaun pedagang.

Walaupun anda telah menjual produk atau perkhidmatan dengan menerima bayaran melalui kad kredit di kedai anda, anda  perlu mendapatkan Akaun Perdagangan Internet. Tetapi ada juga pakej yang tidak memerlukannya kerana pembekal pembayaran online menyediakan akaun secara perkongsian. Ini membolehkan anda untuk menerima pembayaran melalui Internet atau telefon.
Penerimaan dan pembayaran secara online di Malaysia.

(a) Pembekal Pembayaran Online Malaysia

nbepay online paymentPembayaran kad kredit secara online melalui akaun bank perdagangan Malaysia yang di iktiraf. seperti Maybank, OCBC Bank, Bumiputera-Commerce Bank, Public Bank, Citibank dan Ambank atau melalui system GHL, atau bayaran kepada MEPS (Malaysia Electronic Payment System). Selain bayaran kad kredit melalui online, cara pembayaran lain yang boleh di buat ialah debit terus melalui Perbankan Internet seperti Maybank2u atau Perbankan Mobile SMS. SuccessIdeaWeb.com adalah integrator pembayaran online diiktiraf oleh Sistem NBePay, syarikat berstatus MSC. Cara pembayaran di bawah boleh diterima :
accept credit card malaysia

  online payment malaysia
 
(b) Pembekal Bayaran Online Antarabangsa

Setiap pilihan ada kekuatan dan kelemahan masing-masing dan perkhidmatan kami akan menolong anda mengkaji pilihan terbaik yang dapat membantu mengembangkan perniagaan online anda . Untuk memenuhi kehendak dan citarasa anda, kami juga boleh integrasi laman web anda dengan pembekal pembayaran online berikut :

 
2checkout malaysia paypal malaysiaworldpay malaysia
 


Terma-terma dan struktur gerbang pembayaran yuran bagi kebiasaan.

ecommerce developer

Setiap pembekal pembayaran online menawarkan pakej-pakej dan kriteria yang berlainan. Jika anda merupakan ahli perniagaan di Malaysia, anda sepatutnya tahu samada anda boleh mengeluarkan wang anda di bank tempatan. Anda juga perlu tahu jika akaun bank perdagangan US di perlukan. Kami ingin menegaskan, kami bukanlah pembekal bayaran online, tetapi  kami merupakan pembina laman yang mempunyai kepakaran untuk mengintegrasi laman web melalui pembekal-pembekal pilihan.

Selain itu, kami juga dapat menasihati anda dalam penerimaan pembayaran online secara am, membina laman web keselamatan anda (sijil SSL) untuk menerima bayaran online dan memberi anda analisis dalam memilih pembekal berdasarkan kehendak anda dan yuran yang optimal (ini berdasarkan jumlah transaksi yang diramalkan dalam bayaran online)